Wednesday, September 8, 2010

HARI INI DAN ESOK

Jalan raya terlampau sunyi.Untuk ku terus bermimpi.Mataku belum mengantuk lagi.Bawa ke mana sahaja kupergi.Tunjukkan ku bulan gerhana.Tiada siapa nak kujumpa.Pendirian tiada kusangka ada.Tak mengapa tak mengapa.Malam semalam gundah gulana.Hari ini hari mulia.Tak pernah daku rasa begini.Seperti mati hidup kembali.Bawakan kuhilang dari ingatan.Hari ini sehingga esok.Tak pernah daku rasa begini.Seperti mati hidup kembali.Agar sepenuh dengan pendirian.Kucapai sebelah tangan.Sebalik awan ada cahaya.Bercahayalah selamanya.Daku tertawa seorang diri.Darah yang mengalir terhenti.Fikiranku melayang-layang.Tiada siapa yang perasan.

Tuesday, September 7, 2010

KAWAN??

Setiap orang perlukan kawan,teman.geng orang -orang yang boleh berhubung.Tapi apakah itu kawan?geng warung kopi?member seperjuangan?member lepak-lepak?rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan kita semasa kita kecil.Tidak ada prajudis,tiada perbezaan.tiada perbandingan.tiada persaingan.Sehingga suatu hari belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia ini bukan lagi sekadar hitam dan putih.Tak ada hal,sekarang ini  setakat buat kawan memang cepat,senang dan pantas.Tak payah keluar rumah,tenung skrin komputer keletak-keletuk saje keyboard.Boleh suka benda yang sama,tak suka pun tak apa.Kenal tak kenal belakang cerita.Risiko kita tanggung sendiri.Kerana persahabatan satu penggembaraan tidak boleh di duga.

Kadang-kadang buat benda yang kita tak suka memanglah susah,tetapi benda yang kita suka pun susah juga.Dalam dunia ini tidak ada yang senang.Kita masih mencari-cari kesenangan dalam hidup.Aset paling adalah berusaha.Berusaha mencapai kesenagan itu seperti rakan-rakan.Rakan juga boleh menjadi penasihat dan pengaruh kita juga.Kita perlulah memilih rakan yang boleh menasihati dan menegur kita.Tetapi rakan yang kita anggap adik sendiri selalu simpan rahsia.Mungkinkah rahsia mengubah segalanya?Rakan yang selalu berahsia ini adalah mereka tidak mahu menganbil risiko,seperti marah,salah faham dan lain.Sebab itu mereka mengambil keputusan untuk berahsia.HIDUP INI MEMANG PALAT,TAPI ESOK MASIH ADA.Seperti surat-surat kiriman kenalan dekat dan jauh.Kita menggembara dari satu tempat yang lain.Membawa bersama kenagan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi.Seperti sebutir habuk yang ditiup angin.Kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan.